Artikel ABAH.MY

<< >>

Jadilah Seperti Luqman: Kuching 14 Disember 2012

Malam ini jam 7:30, saya akan berprogram di Auditorium Islamic Information Centre, Kuching, membicarakan tentang tajuk “Jadilah Seperti Luqman”.

Jemput warga sekitar Kuching, terutamanya para ABAH semua, untuk hadir menjayakan program ini.

Salam ukhuwwah.

HASRIZAL
KUCHING

(711)

ABAH Nak Tanya

“Saif dan Naurah sudah dapat keputusan peperiksaan?” saya bertanya.

“Ada yang sudah, ada yang belum” jawab Saif.

“Naurah dapat 90 markah untuk Bahasa Arab” jawab Naurah pula.

“Yop dapat 91!” Saif menyampuk dari belakang.

Naurah menoleh dan memberi muka sengetnya kepada Saif.

“Alhamdulillah” saya bertahmid sambil membelok stering kereta masuk ke lebuhraya untuk menghantar mereka ke sekolah.

Read more (3333)

ABAH Muda ABAH Tua

Cuti sekolah sudah bermula.

Apakah yang dirancang untuk cuti kali ini?

Anak-anak kita mungkin amat seronok jika mereka ke Theme Park dan dihiburkan oleh alat-alat hiburan yang disediakan di sana.

Tetapi kalau kita semua boleh menjadi ibu bapa yang menghiburkan hati mereka, cuti di halaman rumah pun boleh jadi sangat bermakna dan dikenang sehingga dewasa.

Read more (3087)

ABAH Adalah Pendengar Yang Baik

028

Ibrahim ‘alayhi al-Salaam mempunyai dua set keluarga. Satu di Palestin satu di Mekah. Baginda perlu menghabiskan masa yang optimum antara keluarga, dan masyarakat.

Sebuah kisah besar di dalam Surah al-Saafaat ayat 102:

Read more (3011)

Mesej ABAH.MY

ABAH.MY merupakan sebuah kumpulan sokongan yang dibentuk dengan semangat kesukarelawanan oleh Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com) dengan tujuan untuk memupuk kebapaan positif dan pemimpin keluarga yang berintegriti lagi berkompetensi. Teras utama kumpulan sokongan ini adalah penerokaan dunia kebapaan melalui bahan ilmu, perkongsian pengalaman dan diskusi berkala.

“Dan juga mereka yang diredhai Allah itu adalah orang yang berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyejukkan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa” [Al-Furqan 25: 77]“

(4000)

Lelaki Dan Keluarga

1389.JPG

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, Surah al-Furqan ayat 74:

furqan74.jpg

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa” Read more

(1575)