Bahasa Racun Ibu Bapa ke Jiwa Anak

 
“Sopannya berbahasa dengan anak. Menyampah!” – The Grumpy Cat.

“Kenapa tak solat lagi? Tak dengar apa ABAH cakap tadi? Telinga mana? Tinggal kat hutan?” herdik abah.

“Awat menangis? Pondan?” sergah emak.

Biasa dengar ayat-ayat begini? Mungkin kita sudah terlalu biasa sehingga tidak perasan yang biasa itu adalah sesuatu yang luar biasa. Yang di luar kebiasaan. Luar tabi’i. Bagaimana boleh seorang ibu atau bapa berbahasa sinis, sarcastic kepada anak sendiri?

haimginott

Dr. Haim G Ginott di dalam bukunya BETWEEN PARENT AND CHILD, mengatakan bahawa kebiasaan berbahasa sarcastic adalah satu penyakit mental yang serius di kalangan ibu. Dengan sumpahan perkataan, ibu bapa membina benteng penghalang untuk komunikasi yang efektif.

Kita tidak perasan, sergahan dengan racun sinis yang mengundang amarah hendak melawan itu menyebabkan anak-anak berfantasi untuk membalas dendam. Sarcasm tidak ada tempat dalam pendidikan dan keibubapaan.

Marah itu menyakitkan.

Marah dengan ayat ‘kelakar’ agar sakit itu dibajukan dengan kehinaan, adalah lebih menyakitkan. Anak-anak yang sering disindir oleh ibu bapa menjadi anak-anak yang jiwanya penuh dendam, memberontak dan sangat jauh daripada komunikasi yang berkesan.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka. [al-Hujurāt 49: 11]

Dengarlah nasihat pakar kanak-kanak berbangsa Yahudi itu.

Sebab ayat 11 surah al-Hujurāt itu kita sudah lama buat-buat tak nampak.

Eh, sarcastic balik?

Insaflah, insaflah, insaflah.

ABAH.MY

Comments

comments

9 comments

  1. Sa'diah says:

    Allahu.. kesiannya anak yang berdendam tanpa disedari dirinya dan ibu bapanya. Saya juga ada memarahi anak-anak dengan gaya sakarstik ini. Peringatan buat diri ini.
    Terima kasih, Ustaz.

  2. yatie says:

    Anak-anak yang tak tahu apa2 menjadi mangsa cetek ilmu dan kurang sabar mak ayah dalam mendidik anak-anak. Semoga saya mampu mengubah diri agar menjadi ibu yang lebih baik!

  3. Zulaikha says:

    Saya juga sedang memperkasakan diri dengan parenting method dlm mendidik anak. Terima kasih atas setiap penulisan berharga 🙂

  4. ummu adam hawa says:

    Assalamualaikum….kta2 seperti ini bukan shja xbole dtujukan pd ank2…tp jg utk psngan samada isteri atau suami….sbb dgn kta2 beunsurkan racun sgt mmberi kesan y besar pd physicologi stiap org n mampu merosakkan hbungan kekeluargaan…

  5. Dalam sedar dan sedar saya sendiri sering berbahasa begitu pada anak. Bila fikir balik kita akan tau itu salah kita sbg parents..

    Sama2 kita perkasakan diri

  6. Mama Olin says:

    Macam mane pula kalau dah tegur elok2 sampai 5-6 kali ckap, anak masih tak berganjak. Sampai tinggi suara baru nak buat. Macam mane cara terbaik nak handle anak mcm ni ye?

  7. Mummy Dina says:

    Insafnye baca artikel ni..banyak sangat yang perlu diperbaiki dalam komunikasi dengan anak2

    • You really make it seem so trouble-free with your presentation but I discover that topic to be really something that I think I would certainly not understand. It seems too complicated and really broad for me. I am looking forward for your next post, I definitely will try to get the hang up of it!October 19, 2011, 8:25 pm

  8. […] Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *